PENTADBIRAN

SEJARAH SEKOLAH TUNKU PANGLIMA BESAR

Sekolah Menengah Kulim(SMK) telah diistiharkan nama baru , Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar(SMKTPB) pada 6 Mei 1991. Tunku Panglima Besar adalah gelaran kepada almarhum Tunku Yaakub Alhaj, iaitu kekanda kepada bekas Perdana Menteri Pertama, Almarhun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Pertukaran nama baru bagi sekolah ini telahpun diperkenalkan oleh Baginda Sultan Kedah Darulaman.
Persatuan Ibubapa dan guru-guru (PIBG) sekolah telah mengambil inisiatif bagi menukarkan nama sekolah apabila seringberlaku kekeliruan antara sekolah sekolah ini dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK) yang berhampiran .
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Yusuf Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah telah mengisytiharkan nama baru itu dalam satu upacara tradisi dengan memukul gong sebagai tanda pengisytiharaan diikuti dengan renjisan air mawar oleh pihak sekolah.
Upacara mengisytiharkan nama baru bagi sekolah ini diadakan sebelum PIBG sekolah ini, mengadakan Mesyuarat Agongnya yang ke-13 pada hari itu dan pameran projek khas astronomi oleh oihak sekolah.Yang Dipertua PIBG sekolah , Haji Mohd Noor Che Mat berkata, adalah diharapkan dengan nama baru bagi sekolah ini segala kekeliruan dengan SMKK akan dapat di atasi.